Saturday 23 July 2011

Tajuk Buku: HIBAH - PEMBERIAN SEMASA HIDUP

 HIBAH - PEMBERIAN SEMASA HIDUP

Penulis:
ZULKIFLI OTHMAN
  
Mukasurat: 194
                         Muka Hadapan Buku                                  Muka Belakang Buku



Sinopsis Buku:
Buku ini menerangkan mengenai pengurusan harta orang Islam supaya harta pusaka orang Islam tidaklah menjadi aset beku apabila kematian terjadi. Statistik di Malaysia menunjukkan harta pusaka bernilai berbilion ringgit terbeku semata-mata harta pusaka simati tidak dapat diuruskan kerana antara lain waris tidak dapat menuntut. Sia-sialah simati mengumpulkan harta tetapi hajatnya untuk mewariskan harta kepada keluarganya tidak tercapai apabila beliau meninggal dunia. Islam telah menetapkan konsep hibah untuk digunapakai. Bagi mengetahui konsep ini adalah diharapkan penyusunan buku ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada umum. Penulis menyusun buku ini berdasarkan pengamatan dan kajian penulis secara praktikal selaku Peguam Syarie. 

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan bab.


Bab I adalah pengenalan kepada konsep hibah menurut Hukum Syarak beserta sumber rujukan nas-nasnya.

Bab II adalah mengenai perundangan statut yang terpakai dengan rujukan khas kepada kedudukan di Negeri Pahang. Juga diperturunkan secara ringkas beberapa kes-kes hibah yang telah diputuskan oleh Mahkamah di Malaysia untuk dijadikan panduan serta rujukan mudah. 

Bab III adalah bab penutup. Dalam bab ini pandangan dan saranan penyusun dinyatakan untuk perbincangan dan kajian lanjut. Untuk rujukan mudah dalam buku ini juga disertakan juga beberapa lampiran yang dirasakan sesuai. Ini adalah mengenai contoh dokumen penyediaan suratcara hibah dan beberapa dokumen yang berkaitan. Juga di lampirkan peruntukan tertentu untuk rujukan mudah bagi memahami konsep hibah ini. 

Di bahagian akhir buku ini terdapat glossari sebagai rujukan mudah pembaca mengenai beberapa istilah pilihan yang terdapat dalam buku ini.

                Isi kandungan buku:

                BAB I - PENGENALAN
                1. DEFINISI
                2. RUKUN HIBAH
                3. SYARAT HIBAH
                4. NAS MENGENAI HIBAH
                5. HUKUM HARAM MEMINTA BALIK PEMBERIAN
                6. HIBAH KEPADA ANAK
                7. HIBAH BERSYARAT DENGAN BALASAN
                8. HIBAH UMRAA DAN RUQBAA
                9 PENERIMAAN HIBAH

                BAB II - PERUNDANGAN
                10. PERUNTUKAN DALAM STATUT NEGERI PAHANG
                11. BEBERAPA KES MAHKAMAH BERKAITAN ISU-ISU HIBAH

                BAB III - PENUTUP
                12. PENUTUP

                13. LAMPIRAN-LAMPIRAN
                      I. CONTOH SURATIKATAN HIBAH
                     II. CONTOH PERAKUAN PENERIMAAN HIBAH
                    III. CONTOH SURATIKATAN AMANAH
                    IV. CONTOH SURAT AKUAN KEPADA HIBAH UMRAA
                     V. SEKSYEN 83(1) ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990 [NEGERI PAHANG]
                    VI. BAB HIBAH DI DALAM AL AHKAM AL ADLIYAH – AL-MAJALLAH

                14. GLOSSARI

 HARGA BUKU: RM 35.00 (termasuk caj penghantaran)

JIKA BERMINAT SILA KLIK DAN ISIKAN BORANG INIBORANG PESANAN 

JUGA TERDAPAT DALAM BENTUK E-BOOK. SILA KLIK www.zumaikhlas.com ATAU KLIK PADA MENU PAUTAN KE LAMAN E-BOOK UNTUK TEMPAHAN