TESTIMONI


   1.   Testimoni Encik Rozilan Ab. Rahman (Peguambela & Peguamcara  /  Peguam Syarie):

Setelah membaca buku hibah ini saya amat berpuashati serta mendapati bahawa buku ini amatlah baik.

Pertamanya, walaupun penyusun buku ini adalah merupakan seorang yang beramal sebagai Peguam Syarie yang aktif di Negeri Pahang tetapi lenggok bahasa yang digunakan di dalam buku ini adalah dalam bahasa yang mudah untuk di fahami. Orang awam pun boleh membacanya serta memahaminya. Walaupun terdapat istilah tertentu di gunakan namun bahagian glossary di dalam buku ini ada menerangkan makna istilah tersebut untuk di fahami.
Saya juga mendapati bahawa rujukan isu yang dibuat adalah berdasarkan kes sebenar dan bukan kes hipothetikal. Ini memudahkan isu yang terlibat di jadikan contoh panduan yang sebenar dan bukannya dari segi teori semata-mata.
Disamping itu rujukan–rujukan didalam buku ini adalah kepada nas Al-Quran & Hadith selain dari kes perundangan yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah.
Contoh-contoh dokumen untuk penghibahan ada juga di lampirkan di dalam buku ini dan sememangnya adalah praktikal dan boleh digunapakai. Buku ini amatlah saya syorkan untuk dijadikan sumber rujukan serta perlu dimiliki oleh orang ramai serta di kalangan professional yang berurusan dengan isu – isu hibah di Malaysia.

1. 2. Testimoni Encik Zulkifli Muhamad (Kakitangan Awam) dalam facebook:

Zulkifli Muhamad Banyak memberi panduan dan rujukan dari buku ini. Terima kasih diatas daya usaha menerbitkannya.

Bottom of Form

No comments:

Post a Comment